Pada cuti sekolah yang lalu saya dan keluarga pergi ke Kemaman. Kami singgah di kedai untuk makan tengah hari. Selepas itu kami meneruskan perjalanan mencari tempat penginapan. Sampai sahaja di
Cherating Bay Resort, kami telah menyewa dua buah bilik. Semua sedang sibuk menurunkan barang-barang manakala saya dan saudara saya terus mandi -manda di kolam renang. Saya basah kuyup. Dalam keadaan basah kuyup itu, kami terus mandi di laut pula. Ombak di sana sangat besar. Selepas itu Pak Uda dan ayah suruh naik. Selepas itu, kami pun naik dan dalam perjalanan kami terserempak dengan lembu dan monyet. .Monyet itu sedang mencari makanan. Selepas itu, Pak Teh meberinya makanan. Selepas itu, kami meneruskan pejalanan hingga sampai di Resort kami. Kami sekali lagi sambung mandi kolam sampai malam. Bila hari sudah lewat petang, kami pun naik dan balik ke bilik masing-masing.
Apabila pagi saya bangun dan mandi manda di kolam semula. Kami pun naik setelah badan terasa penat. Kami bersiap sedia untuk ke rumah pengantin perempuan di mana bapa saudara saya sebelah ibu akan berkahwin. Pengantin tersebut ialah
Banglong Faiz dan pasangannya, iaitu anak kepada Tok Wan dan Wan Induk. Setelah selesai semuanya, kami berangkat pulang. Sebelum pulang, kami singgah membeli keropok lekor sambil menikmati juadah yang ada di kedai jual keropok tersebut.
Akhir sekali, kami pun pulang ke Seremban dengan selamatnya. Sekian. terima kasih.
I LOVE MY FAMILY.... (^_^)